Bloomier Labs
Lumier Body Bath Glow Aura – Kuasa Serum Wajah, Kini Dalam Mandian Badan Anda
Lumier Body Bath Glow Aura – Kuasa Serum Wajah, Kini Dalam Mandian Badan Anda
Bosan dengan kulit badan yang kusam dan tidak bermaya? Tingkatkan rutin mandian harian anda dengan Lumier Glow Aura, mandian skrub harian yang diformulasikan untuk mengembalikan keserian semula jadi kulit anda.
Rahsia kulit bercahaya ini terletak pada gandingan "powerhouse" bahan aktif yang jarang ditemui dalam sabun badan biasa:
Gandingan Ajaib: Niacinamide + Bakuchiol Kami menggabungkan Niacinamide (Vitamin B3) yang berkuasa tinggi untuk mencerahkan bintik gelap, meratakan tona kulit yang tidak sekata, dan menguatkan penghalang kulit. Ia digandingkan dengan Bakuchiol, alternatif retinol semula jadi yang bertindak lembut untuk memperbaharui sel kulit, meningkatkan keanjalan, dan melawan tanda penuaan tanpa menyebabkan iritasi.
Hasilnya? Kulit yang bukan sahaja bersih, tetapi bertransformasi menjadi lebih cerah, sekata, dan memancarkan aura 'glow' yang sihat.
Nilai Tambahan & Manfaat Lain:
-
Antioksidan Berganda: Diperkaya dengan ekstrak Delima (Pomegranate) dan Tomato untuk melindungi kulit dari kerosakan persekitaran dan memberi keserian segera.
-
Hidrasi Mendalam: Sodium Hyaluronate memastikan kulit kekal lembap dan kenyal selepas skrub, mengelakkan rasa kering.
-
Eksfoliasi Lembut: Butiran skrub halus menyingkirkan sel kulit mati secara fizikal, membolehkan bahan aktif meresap jauh ke dalam kulit.
Couldn't load pickup availability
Share
